7/16/2011

Santai Jap

Cerita 1

Posmen dan Surat

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
 Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?”


Cerita 2

     Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan 

terbang.Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, 

pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.

“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.



Cerita 3

      Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap 
macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"


ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi

Artikel
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32%5B09%5D.pdf

Sinopsis artikel :
   Pada era globalisasi ini kepesatan pembangunan ICT seiring dengan perkembangannya yang pantas. Arus teknologi maklumat ini menuntut kita agar sentiasa meningkatkan kemahiran dalam bidang ini agar tidak ketinggalan.
   Kini teknik-teknik P&P secara tradisional secara perlahan-lahan telah diambil alih oleh teknik penggunaan ICT dalam P&P. Keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P menjadi pemangkin ke arah kejayaan murid-murid di sekolah dan di kelas khasnya. Pelbagai bidang kemahiran dapat diterjemahkan dengan jelas dan mudah difahami berbandingkan P&P secara tradisional.
    Menurut kajian ini, penggunaan medium teknologi dapat menajamkan minda dan berfikir pada aras yang tinggi. Justeru adalah lebih baik menggunakan ICT di dalam P&P agar seiring dengan perkembangan semasa.

PERBARISAN LINTAS HORMAT HARI SUKAN SK LANAI

                   

 

                        


                        


Anak-Anak Didikku





Belajar tentang masa


Latihan Membaca

Dapat imbuhan


Study group


Membaca


6/17/2011

PANDUAN MEMBINA BLOG

Langkah Pertama: Buat akaun gmail terlebih dahulu.

Selepas itu paparan seperti di bawah akan keluar dan anda klik show me my account


                                    Paparan akaun gmail anda telah disahkan aktif




                                             Langkah kedua: Taip url: Blogger: Create your free Blog

                                             Paparan seperti di bawah akan keluar.

                                             Klik pada ikon Get started


A. Ikuti langkah-langkah untuk mendaftar blog seperti di paparan.
                                   1.Daftarkan mengikut email  gmail yang telah dibuat tadi.

                                                    2.  Pilih nama blog yang sesuai.



                                                      3. Pilih template yang disukai



                                            4. Dan akhirnya Blog anda telah berjaya dicipta.



Langkah ketiga: Daftar masuk ke Blog yang anda ciptakan tadi menggunakan alamat email dan kata laluan anda.
                                                     Selamat Menjelajah ke blog anda.



Untuk lebih jelas lagi sila rujuk pada video di bawah.


6/05/2011

ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS


Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan Khas



Tidak dinafikan pelajar hari ini harus menggunakan ICT dalam pembelajaran agar mereke tidak ketingggalan  dalam teknologi. Mod latihan,mod penerokaan,mod aplikasi dan mod komunikasi antara contoh yang boleh digunakan guru dalam mendedahkan murid belajar menggunakan ICT. Namun demikian,guru haruslah menyediakan bahan yang sesuai dengan tahap kemampuan murid agar tidak timbul rasa bosan kerana tahap penguasaan ICT murid yang rendah. 

Contohnya,bagi kelas pemulihan,mod-mod di atas digunakan sebagai daya tarikan dengan adanya visual yang menarik dan bunyi yang sesuai. Bahan yang dimuatkan pula adalah yang adalah pada aras rendah kerana mereka ini adalah pelajar 'slow-leaner'.