7/16/2011

Santai Jap

Cerita 1

Posmen dan Surat

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
 Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?”


Cerita 2

     Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan 

terbang.Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, 

pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.

“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.



Cerita 3

      Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap 
macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"


ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi

Artikel
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32%5B09%5D.pdf

Sinopsis artikel :
   Pada era globalisasi ini kepesatan pembangunan ICT seiring dengan perkembangannya yang pantas. Arus teknologi maklumat ini menuntut kita agar sentiasa meningkatkan kemahiran dalam bidang ini agar tidak ketinggalan.
   Kini teknik-teknik P&P secara tradisional secara perlahan-lahan telah diambil alih oleh teknik penggunaan ICT dalam P&P. Keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P menjadi pemangkin ke arah kejayaan murid-murid di sekolah dan di kelas khasnya. Pelbagai bidang kemahiran dapat diterjemahkan dengan jelas dan mudah difahami berbandingkan P&P secara tradisional.
    Menurut kajian ini, penggunaan medium teknologi dapat menajamkan minda dan berfikir pada aras yang tinggi. Justeru adalah lebih baik menggunakan ICT di dalam P&P agar seiring dengan perkembangan semasa.

PERBARISAN LINTAS HORMAT HARI SUKAN SK LANAI

                   

 

                        


                        


Anak-Anak Didikku





Belajar tentang masa


Latihan Membaca

Dapat imbuhan


Study group


Membaca